“100 tahanan lain mula menolak untuk
makan selama dua hari dan ini menyebabkan jumlah tahanan yang melakukan
tunjuk perasaan mogok lapar mencapai 1,550 atau satu pertiga daripada
penduduk warga Palestin, yang jumlahnya ketika ini 4,700 orang,” ujar
jurucakap Pejabat Penjara Israel (IPS) Sivan Weizman.
Dua tahanan Palestin yang melakukan
tunjuk perasaan tersebut sejak 64 hari lalu adalah Bilal Diab dan Thaer
Halahla. Mereka melakukan tindakan demikian dengan ditemani doktor dari
pemerhati Hak Asasi Manusia Israel (PHR) untuk mengelakkan kemungkinan
maut.
“Bilal ketika ini dalam keadaan stablil
setelah dipindahkan ke bahagian rawatan di Hospital Assaf Harofeh,” kata
Jamil Khatib, peguam kedua-dua aktivis tersebut.
Sementara itu, doktor dari PHR
mengatakan, Bilal menderita rasa sakit pada bahagian perut yang boleh
menyebabkan dirinya menderita pendarahan dalaman.
Mahkamah Agung Israel hari ini merancang
untuk mendengar permohonan rayuan terhadap penahanan tahanan Palestin
ini secara pentadbiran, dan prosedur itu membolehkan setiap suspek
ditahan tanpa ada dakwaan.
Sebahagian besar para tahanan menolak
untuk mengambil makanan sejak 17 April lalu. Mereka menuntut pembaikan
keadaan di dalam penjara selain meminta peningkatan akses peguam dan
lawatan keluarga, serta mendesak tidak ada lagi sel isolasi di dalam
penjara.
Dalam pada itu,Human Rights Watch menegaskan, Israel seharusnya membebaskan semua tahanan yang dipenjara atas alasan yang jelas.
“Tidak perlu mogok lapar dari tahanan
Palestin agar pihak Israel menyedari bahawa mereka telah melakukan
kesalahan,” demikian kenyataan kumpulan yang berpusat di New York,
Amerika Syarikat itu.
Aksi mogok dari para tahanan ini
mendapat sokongan daripada mahasiswa Palestin dan mereka melakukan
tunjuk perasaan menyokong di luar penjara tentera di Ramallah, Tebing
Barat.
Mereka melempar pasukan Israel dengan batu yang kemudiannya dibalas dengan tembakan gas pemedih mata.
p/s: kalau mereka tidak memulakan siapa lagi yg akan memulakan.. disebabkan mereka dunia membuka mata.. walaupun dari dalam penjara mereka tetap mampu. sekarang siapa yang kejam? menjadi tahanan tanpa kesalahan.. apa yang salah hanyalah mereka "Islam"..
No comments:
Post a Comment