Pages

Tuesday, February 28, 2012

Entri 1: Pengenalan

Assalamualaikum..
~entri pertama nih~





insyaAllah, pada hari yang bahagia ini, saya nak berkongsi sedikit sebanyak tentang tamadun Islam dan Asia, atau lebih femes lagi TITAS. aku taw, kalau sebut jaa tamadun ni, msti hampa suma kata, ooo hat macam dalam jejak rasul kat tv3 time waktu bulan posa tu noh. aku pon tak maw nak tulis panjang2 so dengan penuh takzimnya, aku rembat maksud tamadun ni dari buku TITAS. LuLz~
ok, pengenalannya..
asal usul perkataan tamadun dari bahasa Arab, MADANA yang membawa 2maksud yang lebih kurang sama tapi tak serupa iaitu 1.tinggi budi bahasa 2.pembukaan bandar

asal usul perkataan civilization dari bahasa Greek, Civitas yang membawa maksud bandar.

last2, kesimpulannya depa kata Tamadun = Peradaban (harap hampa suma paham la noh)

Teori masyarakat Barat-
Gordon Childe habaq lagu ni---> pencapaian lahiriah merupakan kayu ukur kemajuan tamadun dalam sesebuah masyarakat.
Darcy Riberio & R.A.Buchanan pulak habaq lagu ni---> menolak unsur rohaniah sebaliknya hanya menekankan kepentingan dan pembangunan lahiriah dalam proses perkembangan tamadun.
Kesimpulannya pulak lagu ni---> tamadun ialah pembangunan lahiriah terutamanya dalam hal-hal kebudayaan seperti penulisan, undang-undang, kesenian, dan pembandaran.

Teori Islam-
Syed Naquib al-Attas habaq lagu ni---> tamadun ialah pencapaian tahap tatasusila yang tinggi dan kebudayaan yang luhur oleh sesebuah masyarakat.
Kesimpulannya pulak lagu ni---> tamadun mestilah merangkumi pembangunan lahiriah dan rohaniah.

Ni nak habaq mai, hebat tak hebatnya teori Syed Naquib al-Attas ni, sampaikan sarjana barat, Richard Sullivan pun setuju dengan teori Syed Naquib al-Attas bakhang.

so, atas perangkuman segala teori2 dari seluruh dunia tentang tamadun ini, dapatlah disimpulkan bahawa, secara umumnya, konsep tamadun tidak hanya mementingkan pencapaian berbentuk LAHIRIAH seperti kesenian dan pembinaan kota semata-mata tetapi juga mestilah diiringi dengan pencapaian dalam aspek ROHANIAH, tatasusila dan moral.


TAMADUN = LAHIRIAH + ROHANIAH 

1 comment:

  1. wah abang simba sudah pos la.. tima kasih untuk info hehe

    ReplyDelete