Pages

Friday, April 27, 2012

kenapa tak solat kat masjid?


salam semua.. :)

selalu dak kita dok dengaq orang kata "uish malas ak nak pi semayang kat masjid... lambat"....
mesti besa kan.. pasaipa kita tak mau pi semayang kat masjid, surau ka.. padahal tempat-tempat camtu la lagi baguih kn. semayang pon tak sorang.. berjemaah pulak tu..

kalu kita semayang kat masjid nih kita boleh rasa tenang tau dak? semayang pon senang ja nak khusyuk.. lain la klu niat kita semayang tu dah lari.. (belakang kira la nohhh) haha

macam aku dok study kat perlis nih banyak kot masjid yg lawa-lawa.. nak semayang pon seronok ja :P hehe

kalu student UNIMAP yang tinggal kat kuala perlis ni.. ada la satu masjid baru-masjid terapung Al-Hussein. cee tengok gambaq-gambaq kat bawah.. lawa kan?






lawa kan masjid nih... jangan la mai masjid semata-semata nak tengok keindahan masjid ja.. kena ingat sama function masjid yang utama nohh (untuk beribadat la)

kalu dok kat kedah ada satu masjid nih yang femes la jugak.. masjid zahir nama dia :)
masjid nih terletak kat tengah-tengah pekan aloq setaq setaiiii wooo haha





oleh itu jom la kita memeriahkan masjid.. maksudnya beribadat kat masjid la :)

“Sesungguhnya Allah itu cantik dan Allah sukakan kecantikan.” (Hadis riwayat Muslim dan At-Tirmidzi)

Perlis? Wahabbi? Mazhab Syafie?

 COPY-PASTE dari blog trankuiliti tronoh ...

Persundalan Agama

Hari ini aku masuk bekerja disambut dengan ceramah agama tanpa permit oleh seorang kakitangan yang agak berumur.

MFI, lelaki Melayu dalam lingkungan 50-an, berkahwin dan mempunyai 3 anak dara (tapi tidak pasti masih dara atau tidak) sedang lantang mempertikaikan tentang temuramah wartawan Utusan dengan 'Abang Long' Perlis Indera Kayangan (atau Darul Sunnah?!), Shahidan Kassim, yang disiarkan dalam Mingguan Malaysia semalam (atau kelmarin mengikut istilah Orang Utara).

Jika kamu baca Mingguan Malaysia semalam, kamu pasti tahu tentang isu yang dipersoalkan. Jika tidak, sini untuk maklumat lebih lanjut.

MFI jelas tidak bersetuju dengan hujah-hujah Shahidan Kassim dan amalan-amalan agama yang dipraktikkan di negeri kecil itu. Amalan seperti tidak membaca doa qunut ketika sembahyang subuh, tidak berdoa selepas sembahyang, tidak membaca talkin, tidak membaca Yassin di malam Jumaat, tidak bertahlil dan sebagainya. MFI bagaimanapun tidak pula mempersoalkan syarat-syarat berpoligami di Perlis yang lebih terbuka.

Jelas sekali protes MFI bersandarkan pada prinsip bahawa orang Melayu Islam di Malaysia mengamalkan mazhab Syafii dan secara tradisi mempraktikkan amalan berdoa qunut ketika sembahyang subuh, berdoa selepas sembahyang, membaca talkin, membaca Yassin di malam Jumaat dan juga bertahlil dan berkenduri arwah.

Pada pandangan MFI orang-orang Melayu di Perlis sudah menyimpang dari mazhab Syafii, sudah terikut dengan ajaran Wahabbi yang meluas di Arab Saudi.

Pada pandangan aku pula, ini semua tidak lebih dari persundalan agama. MFI yang sudah berumur dan juga taksub dengan kepercayaan seperti sembahyang terawih mesti cukup 24 rakaat adalah mangsa didikan agama yang disogok oleh ustaz dan ustazah semenjak di bangku sekolah.

Kita semua tahu di Malaysia agama Islam dikuasai orang-orang Melayu. Ustaz dan ulama kebanyakannya dari bangsa Melayu dan mereka sejak kecil sudah sebati dengan kepercayaan mazhab Syafii. Maka jenama Islam yang rasmi dan diterima pakai di Malaysia ialah Islam bermazhab Syafii yang disulami dengan adat dan tradisi Melayu.

"Mana boleh sembahyang subuh kalau kamu tak hafal qunut?"
- Ustaz aku semasa di darjah enam.

"Mestilah kena buat kenduri arwah dan baca tahlil. Kena buat 3 malam berturut-turut"
- Emak aku selepas aku mengeluh pada dia aku penat berkenduri semasa arwah Atuk meninggal pada tahun 2000.

"Ziarah kubur tak bawa buku Yassin? Bacalah Yassin, sedekah untuk Atuk!"
- Opah aku, marahkan aku sebab datang sehelai sepinggang menziarah kubur arwah Atuk hari raya yang lepas.

Kalau mahu sedekahkan bacaan Yassin, di rumah pun boleh. Kalau aku di New York sekali pun, masih boleh sedekahkan bacaan Yassin. Tapi sudah jadi kepercayaan dan tradisi turun-temurun, sudah sebati dengan ajaran mazhab Syafii yang disogokkan, orang-orang Melayu mesti pergi kubur dan baca Yassin di sana.

Mungkin sebab mereka takut jika baca di rumah, Yassin yang disedekahkan tidak sampai, atau tersalah hantar ke kubur orang lain?

Ustaz aku semasa di darjah enam yang bermati-matian mengatakan sembahyang subuh aku tidak sah kerana tiada bacaan qunut, tidak pula menegur pak Arab di Mekah yang juga tidak baca qunut semasa sembahyang subuh semasa beliau menunaikan haji.

Dan memang ramai cerdik pandai agama, ustaz dan ustazah, ulama alim 'si pewaris Nabi' di Malaysia hari ini yang tidak puas hati dengan cara Perlis mempraktikkan Islam. Hanya kerana ia tidak mengikut acuan mazhab Syafii seperti yang ditetapkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

Persundalan agama.

Jam 9.15 pagi, MFI masih lagi berceramah kepada sekumpulan pemakan nasi lemak di bilik pantri.

"Bang, dah pukul 9.15 ni, waktu kerja mula pukul 9 kan?"

Ya, aku bos untuk MFI. Sebab aku yang berkuasa, MFI mesti ikut mazhab bekerja aku. Mula kerja tepat pada masanya, bukan lambat seminit dua.

Oh ya, ibadat itu bukan sekadar terawih 24 rakaat, doa qunut atau baca Yassin di kubur, bekerja itu, ibadat juga! 

notakaki: mintak pandangan kawan2 ye..

ciri-ciri tamadun


salam kat sapa-sapa hak singgah mai kat blog nih :)
entry hari ni kita nak tunjuk bagi ciri-ciri tamadun hak kita dok belajaq.
ciri-ciri tamadun ni ada 6.. kat bawah ni ada mind map noh hehe


kalau rasa dia rabun tuh klik la noh..


rasa-rasa kan.. Malaysia nih capai tak tahap tamadun? haha bukan nak kutuk ka apa.. tanya ja :P




nota kaki: orang gua pon boleh pakai baju kemaih-kemaih ceq oiiiiii