Pages

Thursday, May 24, 2012

Pilih Islam, InsyaAllah berkat




Proses Undi bermula...

Setelah melakukan proses revolusi pada 25 Januari lalu, baru-baru ini, pada tanggal 23 Mei 2012, rakyat Mesir telah beramai-ramai keluar mengundi bagi memilih Presiden baru untuk membimbing negara Mesir ke arah yang lebih baik bagi memajukan pembangunan lahiriah dan rohaniah negara tanah tumpah darah Nabi Musa A.S ini.

Pemilihan kali ini, menyaksikan perlawanan 6 penjuru, tetapi hanya 4 penjuru sahaja yang di jangka akan memberikan saingan sengit iaitu, Dr Mohammad Morsy, Dr Mon’im Aboul Futuh, Hamdin Sobahi dan ‘Amru Musa.

1.Dr Mohammad Morsy
  • lahir pada tanggal Ogos 1951.
  • beragama Islam (sunni)
  • merupakan presiden bagi Freedom and Justice Party (FJP).
  • partinya akan mengembalikan Islam sepenuhnya kepada negera Mesir, ini terbukti apabila beliau menyertai Muslim Brotherhood yang memperjuangkan keamanan di Palestin ketika di bawah pemerintahan Presiden Hosni Mubarak yang menyebabkan beliau keluar dari cengkaman Hosni Mubarak.


2.Dr Mon’im Aboul Futuh
  • nama penuh beliau ialah Dr. Abdel Moneim Aboul Fotouh Abdel Hady
  • lahir pada 15 Oktober 1951.
  • merupakan ahli fizik dan ahli politik Islam tersohor di Mesir.
  • merupakan setiausaha agung Arab Medical Union.
  • ketika zaman remajanya, beliau sudah pun menjadi seorang aktivis Islam.
  • beliau seorang yang tegas di dalam keputusannya dan seorang yang selalu tidak mempersetujui pendapat2 serta ideologi2 politik yang bercanggah dengan Islam dari zaman pemerintahan Sadat, Hosni dan sekarang.






3.Hamdin Sobahi
  • nama penuh beliau ialah Hamdeen Abdel-Atty Abdel-Maksoud Sabahi.
  • lahir pada 5 Julai 1954
  • merupakan graduan dalam bidang Mass Communication di Cairo University.
  • sejak dari zaman remajanya, beliau dikenali sebagai seorang pembangkang yang berani, ini kerana, pada tahun 1977, ketika presiden Anwar Sadat datang untuk bertemu semua pelajar-pelajar Universiti, Hamdeen dengan beraninya memberitahu tidak puas hati dengan pemerintahan Sadat yang terlalu terbuka dan mengkritik usaha Sadat untuk berbaik-baik dengan Israel.





4.‘Amru Musa
  • nama penuh beliau ialah Amr M. Moussa
  • lahir pada 3 Oktober 1936
  • merupakan setiausaha agung kesatuan Liga Arab.
  • seorang yang berpengalaman luas dalam hal-ehwal politik di Mesir.
  • berkelulusan dalam bidang undang-undang di Cairo University.











Keempat-empat calon yang popular ini, mempunyai kekuatan masing-masing. Untuk pengetahuan para pembaca, lebih dari 70% ahli jawatankuasa parti Islam yang memerintah Mesir setelah revolusi ini telah menghafaz 30 juzuk Al-Quran.

InsyaAllah dengan revolusi Islam yang terjadi di Mesir ini, dapat membantu Palestin dan negara-negara Arab lain yang sedang bergolak. Dengan personaliti dan akhlak yang murni dari pemimpin yang bakal memimpin negara Mesir ini, maka, kegemilangan Islam akan kembali pulih. Ketamadunan Islam yang dikenali sebagai pengganas, dan gelaran2 negatif yang lain akan kembali kepada ketamadunan yang menjadi contoh kepada dunia. Dengan Allah, kita selamat.

p/s: fikir-fikirkan frasa ini----> Islam itu Syumul




#en.simba 

Friday, May 4, 2012

Tahanan Palestin mogok lapar di penjara Israel

TEBING BARAT – Sekitar 1,550 warga Palestin yang ditahan di penjara Israel hari ini melakukan aksi mogok lapar dengan dua daripada mereka sudah bertindak demikian selama 64 hari.


“100 tahanan lain mula menolak untuk makan selama dua hari dan ini menyebabkan jumlah tahanan yang melakukan tunjuk perasaan mogok lapar mencapai 1,550 atau satu pertiga daripada penduduk warga Palestin, yang jumlahnya ketika ini 4,700 orang,” ujar jurucakap Pejabat Penjara Israel (IPS) Sivan Weizman.

Dua tahanan Palestin yang melakukan tunjuk perasaan tersebut sejak 64 hari lalu adalah Bilal Diab dan Thaer Halahla. Mereka melakukan tindakan demikian dengan ditemani doktor dari pemerhati Hak Asasi Manusia Israel (PHR) untuk mengelakkan kemungkinan maut.

“Bilal ketika ini dalam keadaan stablil setelah dipindahkan ke bahagian rawatan di Hospital Assaf Harofeh,” kata Jamil Khatib, peguam kedua-dua aktivis tersebut.

Sementara itu, doktor dari PHR mengatakan, Bilal menderita rasa sakit pada bahagian perut yang boleh menyebabkan dirinya menderita pendarahan dalaman.

Mahkamah Agung Israel hari ini merancang untuk mendengar permohonan rayuan terhadap penahanan tahanan Palestin ini secara pentadbiran, dan prosedur itu membolehkan setiap suspek ditahan tanpa ada dakwaan.

Sebahagian besar para tahanan menolak untuk mengambil makanan sejak 17 April lalu. Mereka menuntut pembaikan keadaan di dalam penjara selain meminta peningkatan akses peguam dan lawatan keluarga, serta mendesak tidak ada lagi sel isolasi di dalam penjara.

Dalam pada itu,Human Rights Watch menegaskan, Israel seharusnya membebaskan semua tahanan yang dipenjara atas alasan yang jelas.

“Tidak perlu mogok lapar dari tahanan Palestin agar pihak Israel menyedari bahawa mereka telah melakukan kesalahan,” demikian kenyataan kumpulan yang berpusat di New York, Amerika Syarikat itu.

Aksi mogok dari para tahanan ini mendapat sokongan daripada mahasiswa Palestin dan mereka melakukan tunjuk perasaan menyokong di luar penjara tentera di Ramallah, Tebing Barat.

Mereka melempar pasukan Israel dengan batu yang kemudiannya dibalas dengan tembakan gas pemedih mata.


p/s: kalau mereka tidak memulakan siapa lagi yg akan memulakan.. disebabkan mereka dunia membuka mata.. walaupun dari dalam penjara mereka tetap mampu. sekarang siapa yang kejam? menjadi tahanan tanpa kesalahan.. apa yang salah hanyalah mereka "Islam"..